Menggunakan Credit Manager di ZaFVPS

Kini, anda boleh menggunakan Credit Manager di ZaFVPS !. Anda boleh membuat “bayaran pendahuluan” ke dalam akaun anda dan seterusnya membuat pembayaran tanpa khuatir pada due date. 

Mudah sahaja, log masuk ke dalam user panel anda, Pada menu di sebelah kiri, klik pada Billing kemudian Add Funds

Anda boleh memasukkan sejumlah MYR, dan klik Add Funds. Anda kemudian akan di bawa ke laman invoice, dan boleh terus melakukan pembayaran melalui Payment Gateway yang disediakan, dengan klik pada PAYNOW.

Anda juga boleh menyemak transaksi kredit anda pada Credit History. Untuk mendapatkan paparannya, klik menu sebelah kiri, pada Billing kemudian klik pada Credit History.

Baki anda akan turut dipaparkan pada Dashboard user panel anda. 

NOTA : Setiap kredit akan mempunyai tempoh tamat selama DUA bulan dari tarikh akhir transaksi kredit yang dimasukkan ke dalam akaun.